SHARING PENGALAMAN STUDI ARCHITECTURE SEBAGAI ILMU PENGETAHUAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh,

Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal, segala puji bagi Allah Swt atas setiap keadaan. Nak cakap struggle belajar rasanya atas diri sendiri juga, Syukur ke hadrat Ilahi kerna dengan izinNya saya masih dapat belajar di dalam bidang Seni Bina ini. Ada beberapa perkara yang saya nak share untuk hasil daripada Interim 1, Interim 2 saya pada Semester II kali ini, meskipun banyak sangat dugaan tidak kurang juga saya tidak lupa untuk melakukan apa saranan yang Rasulullah Saw telah pusakakan harta baginda kepada umatnya yakni amalan-amalan soleh seperti solat sunat.

Itu antara amalan yang sangat dianjurkan baginda Saw jika kita mengalami masalah buntu dengan mendirikan solat sunat 2 rakaat tak lupa juga dengan mendahuluilah amalan kewajipan dalam agama Islam iaitu Solat Fardhu 5 waktu sehari semalam. Banyak sebenarnya yang hendak dikongsikan berkenaan agama akan tetapi jalan tasawuf (rasa hati orang lain-lain). Maka, saya hanya memfokuskan kepada diri saya saja dan hanya akan memberi nasihat apabila diminta. Selain itu, catatan dari seorang Ulamak dalam menasihati ada adabnya seperti 1 minggu sekali.

Ada mungkin demi untuk menjaga keikhlasan hati? Wallahualam Bissawab. Jadi, di bawah ini disertai link berkenaan setakat Interim-interim yang dilalui meskipun saya berasa agak sedih sedikit dengan apa yang berlaku dan hampir mematahkan semangat saya untuk menghabiskan pengajian ini. Saya juga telah mengecilkan circle komunikasi saya untuk mengurangkan rasa tertekan dan mengabaikan apa yang bukan menjadi tanggungjawab dan pengetahuan saya.

Merasa hidup aman dengan menjalankan tugasan berserta dengan mendengar zikir tanpa menghiraukan perkataan mereka yang menjatuhkan semangat, ada kata orang jadikan pembakar semangat. Bahkan saya semakin tidak mengenali diri sendiri, secuma begitulah dengan kembali ke pangkal jalan memperbetulkan apa yang biasa & membiasakan apa yang telah diperbetulkan itu sebagai hambaNya. Semoga Allah Swt menanamkan kecintaan kita kepada mereka yang juga mencintaiNya.

Baik, jom ke link ini saya sertakan : Studio 4 

Interim 1

Interim 2


Comments

Popular posts from this blog

UPDATE CUTI SEM : Studio 3 Dokumen Yang Dijanjikan ( Development Design )

PLUG DAH TER-ON