PLUG DAH TER-ON

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..

Alhamdulillah, 'Ala Kulli Hal.. ia bermula masa pandemik, hubungn kami suami isteri jauh kerna hanya baru 2 minggu. Boarder di Singapore ditutup gara-gara COVID19 tika itu. Oleh sebab, dengan keadaan yang demikian saya mempunyai masalah untuk pengurusan sendiri. 

Keadaan lutut yang pernah terkeluar disebabkan terlanggar meja student tika mengajar PASTI untuk murid 4 tahun. Ulang alik dari Johor Bahru ke Batu Pahat sememangnya amat struggle. Saya masuk sedikit lambat dan dapat bilik tingkat atas sehingga di bilik bawah, banyak info terlepas.

Akhirnya, pergi cek up Pskitari yang tempohnya hampir berbulan-bulan, dengan keadaan itu. Tangguh pengajian untuk dapatkan rawatan selanjutnya, pada masa itu Sem 1 sudah separuh jalan dan tidak dikira kerana sakit. 

Bila nak masuk pengajian semula, saya anggap tidak boleh kerana saya sudah mengandung, but PAK pada masa itu kata as long saya hantar assignment it's okey. Tak mudah juga dengan keadaan mabuk, akhirnya pada kandungan dalam 5 bulan terpaksa makan ubat penenang. 

Saya terima banyak dugaan, yang tak suka, yang bermacam ragam sehingga terpaksa kalah sendiri untuk siapkan lebihan assignment. Memikirkan anak dalam kandungan dan syarikat ayah yang mengharapkan saya untuk menyambung legasi. 

Kini saya berserah kepada takdirNya, kerna jika saya berhenti belajar atau tidak. Hutang belajar dahulu tetap kena bayar & juga appointment psikatari tetap kena hadir. Jika dilihat kembali, penyakit ini semacam keturunan dan untuk sembuh akan mengambil masa. Pada pemikiran saya sendiri, dahulunya tika saya menyusun pentadbiran dalam syarikat keluarga kami. 

Ada satu saat, yang dimana walaupun sampai sekarang menjadi igauan buat saya. Saya bantu juga, berharap agar rakan saya yang tidak rapat dahulunya berjaya bekerja di alam pekerjaan. Di tempat yang lebih memberi peluang untuk beliau berkembang potensi, kerna saya pasti dan yakin cara saya adalah cara lama. 

Semua yang berlaku pasti ada sebab, dan setiap tindakan yang diambil pasti ada kesan. Sekarang ini, saya sudah jarang untuk melakukan suatu hal yang membuang tenaga sendiri kerana yang layak mendapat perhatian adalah orang terdekat saya. Begitu juga mungkin mereka yang diluar sana. 

Khalifah, wilayah, mempelajari salasilah keturunan, dan apa jua yang telah digariskan syarak & dari ajaran baginda SAW sendiri telah menjadi panduan buat kita. Akhir kata dari saya, saya tak suka kenakan orang, saya tak suka nak cari salah orang. Begitulah, Wallahualam Bissawab.


Wabillawaltaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.. 


:: Sabar Selalu, Ubat Stress ::




Comments

Popular posts from this blog

UPDATE CUTI SEM : Studio 3 Dokumen Yang Dijanjikan ( Development Design )