UPDATE CUTI SEM : Studio 3 Dokumen Yang Dijanjikan ( Development Design )
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.
Cuti sem ni saya banyak melatih diri untuk pattern rutinas harian, Alhamdulillah melalui teknologi yang ada seperti Calender di dalam handphone. Ada To-Do-List, event, alarm dan yang lainnya sebagai reminder harian saya. Syukur, tidak semua perkara saya perlu ingat dan pekerjaan saya jadi lebih teratur. Malah saya dapat menggunakan apps ini, dan menyusun setiapnya mengikut keutamaan.
Sebelum ini, kerna sangat sibuk dan perlukan rehat. Ada perkara penting, yang tidak dapat dilakukan secepat mungkin. Jadi, oleh sebab banyak perkara keperluan diri yang dilakukan sehingga boleh mendapat semula momentum kerja yang betul. Baru hari ini, saya dapat update perkongsian sebelum yang tertunda. Kebanyakannya saya berkongsi secara personal kerana sememangnya masa sangat terhad dan saya perlu menguruskan pengurusan sekolah anak juga.
Pada hematnya juga, saya mengira adakah saya boleh mengemas kini setiap masa walau sebentar. Jadi, melihat kepada kesibukan dan keperluan untuk berehat. Maka saya memastikan agar storage juga perlu dijaga, agar dimasa genting tidak menganggu gugat kepentingan yang sememangnya perlu segera digunakan. Saya kira, saya tidak dapat lagi update perkara rutin kerana sudah direkodkan di dalam rekod perubatan.
Ada beberapa perkongsian yang ingin saya kongsikan di sini berkenaan dengan development design saya sendiri melalui Cric ( Toturial Sessions ), boleh diakses dengan menekan link pada perkataan berikutnya. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh komen atau mesej personal. Jika di web, kemungkinan besar akan terlewat reply dan terlepas pandang. Jadi, terimalah seadanya apa yang saya mampu sumbang untuk dikongsi ilmu pengetahuan bersama. Sila share jika bermanfaat, minta maaf atas kekurangan dan terima kasih sudi menjadikan perkongsian saya sebagai rujukan tambahan.
Project 1 : Mini Tower Windbreaker Redo Final Presentation
Project 2 : Malacca Windbreaker Youth Center
(a) Interim 1
(b) Interim 2
(c) Final Interim 3 : Cric 2 Saiz A3
Kesimpulannya, tak banyak saya dapat share sebab saya sempat tangkap muat mana yang ada masa je. Lagi pula, sedang menguruskan stok penyimpanan projek yang berjaya. Projek tidak berjaya sedang diasingkan, nak ambil balik bahan apa yang boleh dipakai semula untuk mock up seterusnya dan juga dibuang. Jadi ini saja yang saya dapat kongsikan, semoga bermanfaat ya dan Semoga Berjaya hendaknya dunia wal akhirah.
Wassalamualaikum wbt.

.jpeg)
Comments
Post a Comment