ART SMALL ROOM IN CHARACTERS

Bismillahirrahamanirrahim.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Alhamdulillah saya telah berjaya untuk figure out apa yang saya boleh buat di alam nyata dan alam maya untuk meneruskan karya saya tanpa menganggu tanggungjawab-tanggungjawab saya yang lebih utama. Ya hidup ini pilihan, terlalu banyak sangat pilihan sehinggakan Islam mengajar kita untuk melaksanakan kewajipan fardhu & dari situ kita akan belajar yang manakah yang patut diutamakan terlebih dahulu.

Saya akui saya sangat suka pada sejarah, saya suka kepada buku-buku, kitab-kitab yang tebal akan tetapi bukan bergantung kepada koleksi semata-mata bahkan begitu juga karya. Saya sedar yang dalam hidup ini hanyalah sementara dan manfaatkanlah sebaik mungkin masa-masa yang ada. Sebelum ini saya hanya suka juga membeli beberapa komik yang menarik minat saya, untuk kertas A4 pula saya akan bahagikan kepada 2 untuk dilukis figura-figura comel. Disebabkan saya suka benda-benda pelik ini, kertas kartun yang comel-comel ini sangat laku di kalangan adik-adik saya.

Apabila telah lama saya meneruskan hobi ini, di samping itu ada pelanggan yang memberi idea untuk menjana pendapatan. Saya melakukan banyak kerja sebelum ini sehingga keputusan yang saya ambil menjejaskan kesihatan fizikal malah mental saya juga. 

Rata-rata juga mempunyai minat yang sama.


Maka, terkadang saya selitkan dakwah di samping karya yang telah saya hasilkan untuk tetap memberi semangat. Perkara ini telah membawa saya mengenal pengkarya-pengkarya tegar juga, secuma saya masih belum mendapat rentak meniaga semula. Sehingga pada tahun pertama di pelajaran degree saya terpaksa mendapatkan rawatan & mengkosumi ubat penenang (Awas ! Saya telah mendapatkan rawatan & bimbingan dengan pakar Psikatari berdekatan dengan kediaman saya sehingga kini, jangan tiru perkara ini melainkan anda telah didiagnos & disarankan oleh doktor yang bertauliah). 


Apa yang ingin saya kongsikan adalah, jika sesuatu rezki yang kita dapat bersyukurlah. Apa yang bukan milik kita redhakanlah, saya ditarbiah beberapa kali untuk capai ke tahap ini. Bukan sebuah perjuangan yang dianggap mulia bahkan sebenarnya sangat mulia kerna kita cuba menghargai nikmat-nikmat pemberianNya. Banyak karakter, jalan cerita, tajuk cerita yang diubah-ubah. Saya hanya mampu melihat semua itu launch sahaja daripada pengkarya-pengkarya lainnya.

Saya belajar untuk sabar & menyusun step, strategi telah lama terpasang bahkan jika tiada tindakan mana mungkin akan terealisasi. Maaf tatabahasa saya agak berterabur, perenggan mula tidak teratur semula, terkadang ejaan yang salah & pengkiraan yang kurang tepat. 

Kartun-kartun kesukaan saya as rujukan untuk dihasilkan idea-idea baru.

Saya telah cuba juga melukis secara digital tekap & tanpa tekap, sebelum itu sememangnya sudah ada teknologi berkenaan dengan mengkartunkan wajah. Akan tetapi, saya juga perlu pandai menguruskan kewangan untuk meneruskan perkara ini tanpa ia terbantut di tengah jalan, bahkan saya berniat untuk melanjutkan diri ke dalam bidang pembinaan ini kerana faktor tumbesaran saya telah dibesarkan dengan suasana tersebut meskipun pada mulanya ada saja tantangan. 


Apabila difikirkan semula ia bukan soal untuk memuaskan hati banyak orang, bahkan untuk meneruskan hidup. Disebabkan pembantingan tulang saya lebih terfokus ke arah pengkreatifan saya dengan yakinnya untuk memilih meneruskan usaha dalam menaik taraf kehidupan hidup melalui bidang ini. Bantuan dari psikatari juga adalah guideline untuk saya mengamalkan gaya hidup yang sihat juga. 

Kini saya tidak terlampau memikirkan perkara yang diluar kemampuan saya, jika ada yang mengatakan bahwa orang yang masih ada hutang fardhu tidak layak untuk melakukan yang sunat. Ya sudah kalau begitu, jangan menyeksa diri untuk tampak soleh bahkan Dia saja Yang Maha Mengetahui, buatlah apa yang mampu & masih belum buat supaya ianya realistik. Biidznillah, InshaAllah.

Wallahualam Bissawab, Wassalamualaikum WBT.

Comments

Popular posts from this blog

UPDATE CUTI SEM : Studio 3 Dokumen Yang Dijanjikan ( Development Design )

PLUG DAH TER-ON