OVERWHELMED IS NOT A LAZY ONE

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..

Only Him know what I'm feel right now. Sakit hati saya membawa kepada tak nak layan orang dan mengurung diri sebelum ini, orang tak tahu apa yang saya sedang alami. Jauh dari keluarga, status sebagai seorang isteri kebanyakan rakan-rakan memikirkan bahwa 'dia banyak masa dengan suami' bahkan kami jauh alangkah nak berjumpa pun payah. Masa tula saya banyak menyendiri, entahlah dalam dunia sendiri ni rasa menakutkan tu dah semakin memudar sebab saya ikhtiar bermacam-macam cara untuk sembuh.

Niat nak belajar ilmu fardhu ain Allah SWT makbulkan hanyasanya boleh belajar melalui online sahaja tapi tak mudah nak jaga circle & mental sendiri. Manusia tak sempurna macam saya juga saya manusia biasa koyak mental saya disebabkan banyak sangat benda saya nak ingat apatah lagi nak amalkan. Itulah sebab mengapa saya mula mengurangkan apa yang saya tak mampu dan cuba fokus apa yang di hadapan mata sahaja.

Syukurlah suami pun dah kembali dari Singapura duduk tinggal bersama monitor saya untuk tidak miss makan ubat mental & lakukan aktiviti harian bersama. As usual, orang sekeliling beranggapan saya sibuk dengan pasangan & anak. Bahkan saya kadang terpaksa mengorbankan masa bersama family untuk menyiapkan kerja saya meskipun sudah jadi sleeping partner saya tetap risaukan keadaan ayah saya yang mengelola syarikat, family saya tinggal bersama. Manakala abah saya memberi mandat kepercayaan untuk membuka cawangan nanti di area Johor ini seusai habis belajar Arki nanti.

Bahkan, orang tanpa sedar yang meluahkan perasaan tak puas hati pada saya. Saya pun tak boleh nak kata apa, mybe orang yang berurusan dengan saya ni fikir saya ni banyak sangat cekadak. Di alam maya ni saya buat marketing bermacam-macam kerenah orang saya jumpa, apatah lagi diluar yang abah lagi jaga bagaimana cara pergaulan. Alhamdulillah, segala puji bagiNya.

Tetaplah saya membaiki ibadah khusus saya, terkandung semua di dalam itu & maka ibadah umum akan diberi petunjuk dariNya. Saya menulis blog ni sebab Facebook saya kerap kali dah kena restricted 1 hour, saya like post orang di timeline pun kena restricted pada hal saya nak membaca je cari ilmu baru. Tak mengapalah, biarlah saya kembalikan rutin manual saya semula yang lama di Perak.

Bila cuti sem kami akan ambil anak, mungkin media massa pun saya akan kurang proper atau saya lebih menyusun agar lagi proper di bahagian-bahagian manual saya. Selalunya cuti sem ni tiba-tiba dah tak jadi sleeping partner cuma ada beberapa waktu ritu Penyakit Mental saya datang menyerang abah saya suruh saya rehat je, makan ubat jadi saya buat therapy lukis untuk latihan Arki saya.

Begitulah kehidupan saya, disamping saya cuba mengembalikan rutin taklim harian saya & ngulang hafazan Quran serta memperbaiki amalan-amalan sunat + hak-hak yang perlu ditunaikan. Wallahualam Bissawab. Carilah di mana-mana platform yang saya update. Saya penat juga membebel-bebel, kerja nak cepat siap jadi lambat. Apa yang saya faham bila orang berminat nak berkawan dengan kita, macam saya sendirilah saya akan nak tahu tentang dirinya dengan lebih mendalam itu je.

Sekian lagi sekali.. jangan lupa Sollu 'Alan Nabiy selalu !


Comments

Popular posts from this blog

UPDATE CUTI SEM : Studio 3 Dokumen Yang Dijanjikan ( Development Design )

PLUG DAH TER-ON