SPREAD MENTAL AWARENESS & MY DA'WAH
Dahulu semasa di Sekolah Menengah saya kerap juga dapatkan bantuan daripada kaunseling untuk mendapatkan wajah yang manis dengan senyuman.
Akibat daripada itu tak menyangka bahawa kurang senyum itu adalah petanda kemurungan. Setiap yg berlaku ada punca & kesannya, bukan sesuatu yang mudah nak reprogram semula faktor sekeliling keluarga hanya dengan kita kembali semula kepada الله SWT & RasulNya maka rahmatNya akan meliputi diri kita & di sekeliling masyarakat.
Hasil daripada Cognative Behaviour Thinking (CBT) pada mula masalah kewangan, apabila sudah diperbaiki, ia menyerlahkan daripada sudut rohani pula. Maka, selepas kali kedua dibuat saya sudah mengurangkan bersosial akan tetapi saya mendapati saya terlupa untuk domestik (kerja rumah).
Bahkan kita sebagai umat Islam tak boleh lepas daripada mengisi kerohanian kita, InshaAllah bila cukup itu kita akan automatik menjadi kuat, termasuk fizikal kita yang lemah ajaibnya akan datang kekuatan yang luar biasa.
Menyebarkan kesedaran kesihatan mental pada masa kini adalah satu keperluan oleh sebab norma baru kita seperti telah sepenuhnya bergantung kepada gadjet untuk urusan seharian kita pada masa akan datang.
Adab di luar (alam nyata) & media sosial (alam maya) adalah sama sahaja disebabkan terlampau banyak & ia terkait dengan fikiran kita untuk memahami perkara baru di dalam alam nyata ini asbab itulah ada yang kurang faham bagaimana menyantuni & bersilaturrahim ketika penggunaan alam maya.
Wahai umat Islam janganlah kita tinggalkan amar makruf nahi mungkar, ajak buat baik larang orang lain buat kejahatan. Semoga dengan usaha kecil kita ini dapat juga menyelamatkan diri kita & kluarga daripada fitnah akhir zaman yg boleh menyebabkan terjerumus ke api neraka.
Nauzubillahiminzaliq. Wallahualam Bissawab, hadza min fadhli Rabbi ~ moga kita dianugerahkan Ri'ayahnya supaya tdk lg dpt leka walau sedetik cuma.
Wassalamualaikum ~ wbt.



Comments
Post a Comment