SOLAT SUNAT HAJAT
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.
Seperti yg kita tahu, seusai apa² solat sunat ada doanya yg tersendiri. Bacaan utk surah pun ada juga yg telah dissun & trdpt byk jual di buku agama cara- cara solat sunat di luar sana.
Bacaan sunat apa² surah tdk mgpa, akn ttpi jika surah dbca mgkut kssuaian solat adalah lbih afdal berbanding bacaan pndek surah lainnya.
Ini doanya :
"Ya Allah Ya Tuhan kami..
Kami memohon taufik daripada-Mu sepertimana mereka yang telah Engkau berikan petunjuk dan jadikan amalan kami seperti mana amalan ahli-ahi yakin dan jadikan kami daripada golongan orang-orang yang menerima nasihat, golongan orang-orang yang bertaubat dan mempunyai keazaman sepertinmana orang-orang yang sabar, gementar kami sepertimana orang yang takut, kami juga memohon sepertimana permohonan orang-orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat sepertimana beribadat orang-orang yang warak, Dan jadikanlah pengetahuan kami ini sepertimana pengetahuan orang-orang yang berilmu, dan masukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang takut kepada ENGKAU.
Ya ALLAH, kami memohon kepadaMu jadikanlah kami terdiri daripada orang-orang yang takut kepada perbuatan maksiat sehingga kami sentiasa mentaati dan beramal dengan perintah-Mu sebagaimana amalan orang-orang yang mendapat keredhaanMu, Kami juga memohon agar kami iní terdiri daripada orang-orang yang ikhlas dan bertawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan kami memohon supaya menjadi orang baik sangka terhadap Engkau. Maha suci sebagai Pencipta.
Ya Allah Ya tuhan kami.
Kami memohon rahmat daripada-Mu yang dengan rahmatMu itu.
Engkau memberi hidayah kepada hati kami.
Engkau memperkuatkan perpaduaan kami.
Engkau mencantumkan apa yang berselerak di kalangan kami.
Engkau menjauhkan fitnah dan kekacauan daripada kami.
Engkau memperbaiki hal agama dan dunia kami.
Engkau memelihara orang-orang kami yang berada jauh dari kami ..
Engkau mengangkat darjat orang-orang kami yang berada di tempat sendiri.
Engkau memmbersihkan pekerjaan kami.
Engkau memberi cahaya kepada muka kami..
Engkau memberi ilham kepada kami bagi mendapat jalan lurus.
Engkau memelihara kami dari segala kejahatan.
Ya Allah Yang Maha Berkuasa..
Yang Maha Mulia, Tuhan Sekalian Alam, Ya Allah Ya Tuhan Kami. Engkau telah jadikan kami. Bagi Engkau segala kekuasaan & keagungan. Kuasa menjadikan dan kuasa memerintah..
Engkau menjadikan malam dan siang & segala-galanya terletak di dlm kekuasaan Engkau sahaja. Tídak ada sekutu bagi Engkau, Ya Allah Ya Tuhan kami. Jadikan dipermulaan hati ini segala kebaikan bagi kami, dipertengahan hari ini segala kejayaan bagi kami dan diakhir hari ini segala pencapaian bagi kami.
Wahai Yang Maha Lemah Lembut Dan Pemurah Yang memberi rezeki kepada kami Tuhan sekelian alam.. Engkau segala kekuasaan dan keagungan.
Dan Pemurah Yang menmberi rezeki kepada kami Tuhan sekelian alam..
Ya Allah Ya Tuhan kami..
Kami memohon kepadamu untuk menjadi saksí tentang kebenaran pengakuan kami dan juga kami memohon supaya malaikat yang memikul Arasyh-Mu dan sekelian malaikat serta makhluk-makhluk-Mu yang Lain juga menjadi saksi tentang kebenaran pengakuan kami bahawa sesungguhnya Engkau Allah tiada Tuhan melainkan Engkau jualah dan bahawa nabi Muhammad SAW hamba-Mu dan Rasul-
Mu..
Ya Allah Ya Tuhan kami.
Kami memohon kebajikan hari ini, kebajikan minggu ini, kebajikan bulan ini dan tahun ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya dan petunjuknya. Kami memohon pertolongan dengan-Mu Ya Allah, perlindungan daripada kejahatannya, Kejahatan di dalamnya, kejahatan sebelumnya dan kejahatan selepasnya
Hanya kepada Allah Kami memohon pertolongannya. Hanya kepada NYA
Kita memohon rahmat dan redhanYA.. "
[ Doa ini saya Akila Maria dpt dari Mak Cik Bunga P.R]
Comments
Post a Comment