MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA PENGALAMAN HIDUP
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh..
Alhamdulillah, di zaman teknologi serba canggih ini hubungan berkomunikasi juga bertambah maju seiring dengan perkembangan zaman. Quran dan Sunnah tetap menjadi pegangan hidup umat Islam. Cabaran yang dihadapi umat sekarang ialah memahami aplikasi seharian dengan cara yang sebenar dalam kehidupan seharian di alam maya juga adalah sama. Oleh sebab, perkara ini baharu dalam masyarakat kini, serba sedikit menganggu intelek pengguna jika tidak digunakan secara bijak dan terkawal.
Semasa kecil saya sendiri juga bertindak mengawal diri sendiri dalam pada menggunakan telefon bimbit kendatipun, ibu bapa membenarkannya. Para guru di sekolah membimbing dengan berkongsi cerita dan saranan mereka sendiri. Pelbagai cara diusahakan untuk membentuk peribadi pelajar-pelajar bukan sahaja kaya intelek malah bertaqwa juga menjadi salah satu agenda untuk dilahirkan dalam diri setiap pelajar muslim.
Walaupun berbeza latar belakang kehidupan tidak kurang juga para asatizah tidak lokek berkongsi ilmu dengan penyampaian santai mereka yang punya pelbagai pendekatan mengikut bakat kemampuan masing-masing. Saya mula menyambung semula hafalan Quran setelah pelbagai mehnah (ujian) yang melanda sehingga menimbulkan keazaman dalam hati untuk memperbaiki kehidupan ke arah yang lebih baik.
"Bulatkan tekad, teguhkan niat'
Allah SWT menemukan saya dengan beberapa orang yang kerap kali juga berdakwah dalam alam maya, antara daripada mereka adalah karkun sehingga saya menjumpai bahwa abah saya ada kitab lama Fadilat Amal dan saya tergerak hati untuk mengamalkannya.
Tabarakallah.. semoga perkongsian ini & akan datang menjadi titik tolak untuk terus istiqamah. Segalanya milikNya suatu hari nanti kita akan kembali kepadaNya jua.
Comments
Post a Comment